~ indah bukan ! ~
Ya Allah . Ya Rahman . Ya Rahim .
Jadikanlah lipatan hari ini pembuka dengan catatan kegembiraan ,
kebahagian dan kelapangan .
Panjangkan umurku dalam keimanan ,
Sihatkan tubuh badanku dengan kecemerlangan akal juga .
berikan kesenangan harta benda yang penuh keberkatan .
Kurniakan keselamatan dalam pemeliharaan-Mu .
Hindarkan aku daripada segala kepayahan yang merunsingkan ,
pemikiran yang membingungkan dan
pengalaman yang menyedihkan .
Ya Allah, rahmatilah permintaanku ini ,
Terimalah kepasrahan diriku kepada-Mu .
Kau ampunilah dosaku yang telah ku buat ,
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas .
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal .
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan .
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista .
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku .
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku .
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru .
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu .
Kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMu .
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu .



No comments:
Post a Comment