Salam wbt readers !
Bukak je FB terus tengok status kawan-kawan, kebanyakan mereka post status jiwang2 -.-
Ada yang tanya tak de ayat nak bagi kita rindu dia, maksudnya doa rindu dari jauh macam doa Nabi Yusuf dikala merindui Zulaikha =) Nah, sape2 yang nak tu cubalah mungkin akan tersampai jugak walaupun dari jauh dan dalam diam 
" Ya ALLAH, sampaikan salam rinduku kepada
(nama penuh orang yang kita rindu)
sehingga menjadi kerinduannya. Aminnn "
Sesuai untuk mereka yang bercinta dalam diam 
Dihati ini..Hanya Tuhan Yang Tahu 
Dihati ini..Hanya Tuhan Yang Tahu 
Satu lagi, Bolehkah mencintai dia dalam diam? Tak tahu status dia samada bujang atau dah berpunya? ni pun ada orang yang tanya, ishk2
kelam kabut org cari artikel pasal ni, bukan ustazah cinta yer >.< hahaha.
Ketika cinta kini hadir tidak untuk Yang Maha Mengetahui, saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta.
Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH.
Cukup cintai dia dalam diam.
Bukan kerana membenci hadirnya. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup.
Cukup cintai dia dari kejauhan.
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga.
Cukup cintai dia dengan kesederhanaan.
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan. menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan.
Maka cintailah dia dengan keikhlasan.
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi.?
~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk


No comments:
Post a Comment