Assalamualaikum wbt n selamat malam :D
Entri kali ini b'tujuan untuk menyedarkan diri kita agar kita dapat elakkan diri kita dari tergolong dalam kalangan orang-orang munafik. Di harap tiada salah faham dengan entri kali ni. Bacalah dengan hati dan fikiran yang terbuka :) Entri ni mungkin sesuai di baca oleh kaum hawa tapi tak salah kalau kaum adam nk baca jugak , sekadar berkongsi ilmu. Memang sekarang ramai yang berpurdah tapi berapa ramai yang berpurdah kerana fesyen ? Berapa ramai yang berpurdah kenana betul-betul ikhlas ? Berpurdah ni tak boleh dibuat main, pakai purdah then upload gambar dekat laman sosial tup tup dekat luar tak berpurdah. Mana bole macam tu. 0k sebagai contoh (situasi dekat sek ) pelajar ni dah pasang cita-cita nk berpurdah suatu hari nanti. tak nak berpurdah waktu sekolah sebab peraturan sekolah tak benarkan. kira bagus kalau dah pasang cita-cita nak berpurdah suatu hari nanti tapi tak perlu nak bawa purdah ke sekolah pakai depan kawan pastu tanya pendapat kawan "ok x aku pakai purdah ni ? jap nk tanya , perlu ka buat macam tu ? kenapa perlu tanya pendapat kawan ? awak nak pakai purdah sebab ALLAH ke sebab pendapat kawan awak ? dah tanya pendapat sana sini , bukak balik purdah tu. Awak ingat purdah ni sekejap pakai sekejap bukak keee ? Macam pakai tudung jugak la , ingat pakai tudung ni sekejap pakai sekejap bukak ke ? Bole ke sekejap ke SYURGA sekejap ke NERAKA ! ok tepuk dada tanya iman :)
Lepastu , nak upload gambar perpurdah dekat facebook , twitter , whatsapp , viber , line , wechat dan sewaktu dengannya. Kenapa nk upload gambar berpurdah sana sini ? untuk menunjuk-nunjuk ? Biarlah ALLAH saja yang taw niat suci awak yang nk berpurdah tu , walaupun awak masih bersekolah. Biarlah ianya menjadi rahsia antara awak dan ALLAH. kan sweet ;)
Sebelum berniqab , fikir fikir dulu apa tujuan kita berniqab ! Untuk tarik perhatian lelaki beriman kah ? Untuk lebih menonjol daripada kawan-kawan yang tidak berpurdah kah ? Atau mungkin awak nak tunjuk pada semua orang yang awak ni solehah ? Nilai soleh dan solehah itu bukan terletak pada luaran. Nilai soleh dan solehah itu bergantung kepada iman kita yakni hati kita.
Sudah cukupkah kita bersihkan hati untuk bergelar soleh dan solehah ? Ingat , ALLAH itu maha melihat.
p/s : Apa apa pn pasang niat kerana ALLAH :)
#terkurang , tersalah cakap harap maaf .
*semoga kita semua akan berubah mnjadi yg lebih baik.


No comments:
Post a Comment